Emylia Binti Mohamad
![]() |
Add caption |
Tanah Tumpah tempat kelahiran Ku!
Negeri
Kelantan Darul Naim sememangnya popular dengan budaya dan juadah makanan yang
enak-enak. Kalau disebutkan berkaitan pelancongan dan tempat menarik di
Kelantan, secara jujurnya saya katakan bahawa Negeri Kelantan tidak sama
seperti di Negeri Pantai Timur yang lain seperti di Terengganu dan Pahang yang
mempunyai banyak pulau dan taman Negara yang menarik. Namun itu tidak bermakna
Negeri Kelantan tiada tempat menarik untuk dilawati. Memandangkan kampung saya
di Pasir Puteh manakala kampung suami di Kota Bharu dan ramai saudara mara yang
menetap di sekitar Pengkalan Chepa dan Bachok, jadi tarikan di Negeri Kelantan
ini memang dah cukup sinonim bagi saya sejak kecil lagi.
Seperti
juga di Bandar Kuala Terengganu, Bandar Kota Bharu tidaklah sebesar dan membangun
seperti di bandar-bandar utama lain seperti Shah Alam, Johor Bharu dan Negeri
Sembilan. Jadi, perkara yang perlu di ingatkan di bandar Kota Bharu adalah
tiada shopping kompleks seperti Suria KLCC dan Pavillion, ataupun taman tema
seperti Sunway Lagoon dan Genting Highland. Benda yang menarik di Kelantan
kebanyakannya lebih kepada pasar, tempat bersejarah, tempat makan yang sedap
serta unik, pantai dan tempat membeli belah di kawasan bebas cukai seperti di
Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang.
Memandangkan
mata pencarian rezeki saya dan keluarga di negeri orang, maka menetaplah saya
di Negeri Selangor Darul Ehsan. Dengan kata lain, perjalanan ini bukanlah
sekadar perjalanan biasa, namun perjalanan ini untuk mencari rahmat Allah SWT
berupa ilmu, pekerjaan atau kehidupan lebih baik (hijrah). Seperti hadis, Dari
Ibnu Umar r.a, Rasulullah bersabda: “hiduplah kamu di dunia ini seakan perantau
atau pengembara (musafir)” (H.R Bukhari). Namun begitu, negeri tumpah darah
saya masih tidak dilupakan. Disini saya ingin berkongsi tempat –tempat yang
selalu dikunjungi apabila saya berada di Negeri kelahiran sendiri. Tempat yang
selalu dikunjungi apabila berada di Kelantan adalah Pantai Cahaya Bulan(PCB).
PCB merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia
terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan
tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika,
pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh
seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II.
Mengikut sejarah, pantai tersebut dinamakan Pantai Cinta Berahi berikutan
seorang askar sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang
tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih
suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran
pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya
panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok
ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu
Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan
keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap
dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan
perkhemahan, kedai makan, gerai, dan tandas awam. Perjalanan ke pantai ini dari
Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional. Pekan
itu akan di kongsikan pada masa akan datang. Jadi, tungguuuuuu……..!!!!!!!!!!
Selain
itu, tidak lupa juga tempat sarapan pagi yang wajib dikunjungi apabila berada
di Kelantan iaitu Kopitiam Kita. Singgah di Kopitiam Kita tatkala menghabiskan
masa percutian adalah satu pengalaman yang pastinya tak dapat dilupakan tatkala
dapat bersama dengan pelbagai bangsa dan bersembang mesra dalam loghat Kelate .
Pelbagai gelagat dapat dilihat apabila memasuki premis ini, ianya melambangkan
keselesaan pekerja dengan pelanggan dan pelanggan dengan pelanggan itu sendiri.
Selain itu, kebersihan dan ruang yang ditampilkan sangat kemas walaupun
sibuk.
Kopitam
Kita adalah kedai makan untuk sarapan pagi yang popular dari kalangan penduduk
setempat. Dengan kata lain, kedai makan Kopitiam Kita boleh dikategorikan kedai
sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Hal ini kerana kedai ini
mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu.
Ianya boleh dikategorikan sebagai one stop center kerana mengumpulkan nasi
terbaik dari kalangan terbaik.
Makanan
kegemaran saya di sini semestinya sajian 'Roti Titab' dan secawan the tarik kaw
di atas meja. Selain itu, pilihan roti goreng telur dan telur separuh masak
juga sangat menyelerakan. Ada sahabat saya daripada laman facebook yang
bertanya , Apakah maksud 'Roti Titab' itu ? . 'Roti Titab' adalah hasil cetusan
resepi pemiliknya sendiri iaitu Mr. N,H Wong dan jenama 'Roti Titab' hanya di
Kopitiam Kita sahaja. Ianya hakcipta terpelihara. Makanan lain yang sedia
terhidang layan diri adalah nasi air dingin, nasi nasi lemak, nasi tumpang dan pelbagai
jenis kuih muih yang diperoleh terus dari pembekal yang diyakini.
Kopitiam
Kita yang berkonsepkan sarapan santai ini pernah di kunjungi oleh selebriti
Datuk Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Yusri , pemain bolasepak antarabangsa
dan ramai lagi . Kebanyakan foto dari celebriti tersebut terpampang di barisan
layan diri sebagai tatapan pengunjung dan kenang-kenangan peribadi pemilik
premis ini. Premis di buka pada setiap hari kecuali bulan puasa dan hari raya.
Ia beroperasi seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja. Pasal hal
harga, kopitiam ini saya anggapkan antara yang terbaik dari yang terbaik di
negeri ini.
Cukuplah dulu untuk entri saya pada kali ini. Saya akan bongkarkan
lagi keistimewaan Negeri Cik Siti Wan Kembang pada lain lembaran. Bagi yang
ingin bercuti, saya cadangkan bercutilah di Negeri Kelantan. Selain memiliki
sejarah yang tersendiri, banyak makanan yang unik yang perlu dirasai. Bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sekian.
Comments
Post a Comment