Noraini Binti Daud


Percutian ke Langkawi




Saya ingin berkongsi pengalaman pergi bercuti di Langkawi bersama keluarga tercinta. Sebenarnya, trip ini tidak dirancang tetapi disebabkan kami belum berbulan madu, jadi Langkawi merupakan destinasi percutian kami. Sblm pergi, kena tahu dulu apa aktiviti nak buat kt sana. Nak shopping ke, nak jalan-jalan ke atau nak buat dua-dua sekali. Kena rancang betul-betul supaya waktu & duit tak terbuang bila dah sampai sana. Memandangkan percutian ni akan bawa sekali anak pertama kami, jadi banyak jugalah persiapan yang perlu dilakukan, maklumlah bila bawa anak kecil macam-macamlah. Setelah lebih kurang sebulan membuat perbandingan begitu begini untuk book hotel akhirnya saya pilih pakej di Bayview. 

Pakej lengkap 3 hari 2 malam dan menginap di Bayview Hotel dengan harga yang saya rasakan berpatutan utk 2 org dewasa & seorang bayi iaitu RM1k. Oh ye, saya menempah bilik yang menghadap pemandangan laut. Alhamdulillah, hotel yang kami duduk tu sangat selesa, pelayan hotel yang mesra dan mudah nak ke mana-mana sebab hotel tu terletak di Pekan Kuah dan sangat dekat dengan stesen teksi. Stesen tu depan hotel je jadi x perlu tunggu lama-lama jika memerlukan perkhidmatan teksi. Hanya maklum pada receptionist di kaunter, tak sampai 5 minit teksi akan datang terus ke lobi. Selama di Langkawi, aktiviti utama saya adalah shopping. Yelah, harga barang-barang murah macam coklat, pinggan-mangkuk, kuali, cadar, comforter dan macam-macam lagi. Kalau dah nama perempuankan, maklum sajalah. 

Tempat-tempat wajib yang mesti pergi di Langkawi semestinya kedai 'Haji Ismail Group' & 'Idaman Suri'. Kalau nak ke kedai Haji Ismail tu kami hanya berjalan kaki sbb jaraknya dekat dari hotel. Nak shopping pun senang, bila-bila masa je. Jika nak ke Idaman Suri, perlu naik teksi dan jaraknya dari Bayview tak sampai 10 minit. Yang saya perasan, jika turun awal sebelum tengah hari orang tak ramai sangat jadi senang nak pilih-pilih barang dan tak perlu bersesak-sesak. Bila dah petang, orang akan bertambah ramai dan akan rasa cepat letih. Lagi-lagi masa kami pergi tu musim cuti persekolahan. 

Jika nak beli baju Cotton, boleh dapat harga semurah RM20 di kedai yang terletak dalam Plaza D'Mara bersebelahan hotel Bayview. Semua baju-bajunya harga sama. Saya bandingkan juga baju yg sama di kedai 'Cotton Art', kualitinya sama tp harga di 'Cotton Art' lebih mahal, RM28. Harga coklat di kedai Haji Ismail Group lebih murah berbanding di Idaman Suri. Bezanya dalam seringgit juga. Jadi dah boleh jimat kalau nak borong byk-byk. Jika berhajat nak beli pinggan-mangkuk, lebih banyak pilihan di Idaman Suri. Geram je tgk, cantik-cantik pula tu. Pada yg ingin mencari barangan seperti thermos 'La Gourmet', boleh cari di kedai berhadapan Haji Ismail Group. Kedai Chinese sederet dgn kedai-kedai jual tembakau, dah lupa pulak namanya. Tempat lain saya tak jumpa 'La Gourmet' nih. Saya beli thermos air 500mL dengan harga RM38 tp kalau kt KL harganya RM100+. Inilah sedikit sebanyak saya punya pengalaman yang boleh di kongsi bersama.

Comments

Popular posts from this blog

ResQ team ke Sekolah Menengah Sri Kundang ❤❤

Selamat Datang ke Dunia Celoteh kami...