Faralisa Shahilda Binti Azlan

LOMBOK
7-9 MEI 2016
Last year bercuti ke Lombok, ini short trip la sebab 3D2N je untuk kembalikan mood yang stress sangat dengan kerja. Trip ni kami pergi ramai-ramai dengan officemate dan bawak sekali mama dan mak mertua. Kami ambil flight Air Asia, dapatlah harga tiket RM250 returns including meals on flight untuk seorang.
Seawal 6.30 pagi kami dah terpacak kat KLIA 2, yelaa sebab flight pukul 8.45 pagi jadinya supaya tiada siapa yang terlambat kami decide untuk berkumpul awal kat KLIA 2. Trip kali ni walaupun pergi dengan officemate tapi nak jugak bawak mama dengan MIL sebab nak diorg lebih rapat gittuww.

Waktu ni kami di KLIA2, bersedia untuk ke LOMBOK. Excited sangat muka tu =p
Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Kami turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok. Pertama kali sampai ke Lombok memang terkejut sangat. Masyarakat kat sana senang cerita macam Malaysia pada tahun 50an-60an. Masyarakat sana agak mundur. Setibanya kami di lapangan terbang kami disambut oleh Pak Supir yang teramatlah peramah. Kami dibawa untuk makan tengah hari di Restoran Nada Alam Nyaman dan of course menu wajib korang mesti cuba dekat Lombok ialah Nasi Ayam Goreng Taliwang. Rasa dia memang superb!!

Gambar ni di jeti untuk ke Gili Trawangan. Kami stay di Gili Trawangan, Gili Trawangan ni adalah pusat para pelancong untuk stay di Lombok kawasan dia memang cantik selain itu Gili Trawangan juga mempunyai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Perkara menarik tentang Gili Trawangan ialah tidak dibenarkan sebarang kenderaan bermotor, kat sana hanya naik kereta kuda, berbasikal dan jalan kaki.


DAY 2
Snorkeling day!!
Ini memang part wajib kalau korang bercuti ke pulau lah. Kalau tak, nak buat apa lagi. So berkumpul jam 10.00 pagi yang cuaca dah panas terik macam tengah hari. Basically, ada 4 check point tapi kami pergi 3 checkpoint je sebab 1 lagi tu terpaksa batal. Air keruh wei.. Nanti tak nampak pulak ikan. Seriously, cantik sangat. Memang berbaloi sangat dapat snorkeling kat Lombok. Dah penat berenang bersama safety jacket, kami berhenti makan kat Gili Air. Makanan sendiri tau. Tak disediakan dalam pakej snorkeling ni. Layan lah gambar bawah ni.


Pemandangan dasar laut







Day 3 (Last Day)
• Breakfast and check out
• Heading back to Senggigi
• Sasak Village Tour + Souvenir
• Lunch
• Heading to airport
Apa pun, Lombok memang sangat cantik dan masih belum dicemari. Semoga bermanfaat. Selamat bercuti ke Pulau Seribu Masjid ni ye.
Till then
Tips Melancong ke Lombok
1) Airport
Bawa pen siap-siap dalam beg sebab macam biasa sampai Indonesia kena isi borang kastam dia, kiranya dah sampai kt airport sana terus serah pada kastam je tak payah beratur kat situ utuk sebatang pen!
2) Transportation
Kalau boleh siap-siap tempah supir and tempah supir tu make sure survey banyak and try nego. Disarankan ambik supir ye sebab perjalanan satu tempat ke tempat lain sangat jauh!
3) Duit makan
Sediakan duit makan lebih sikit untuk supir sebab ada sesetengah restoran dia akan tanya, mau dibayar makan supirnya tak..yelah tak bayarkan macam kedekut naw. Pilihan ditangan anda.
4) Snorkeling
Cuba usha sekitar situ, ada banyk tempat tawarkan snorkeling, rasanya rate sama kot. Cuma point dia berbeza, ada yang buat 4 point, ada yang buat 3 point, korang tengok lah mana yang berbaloi.
5) Buaian Ombak Sunset
Checkpoint lah konon bergambar kat buai tu tapi sila beratur seawal mungkin sbb ramai gila org. Sanggup tak sanggup lah nak tggu. Nak explore island, boleh sewa basikal atau jalan kaki. Kami jalan kaki je. Sebab sejam je, rasa membazir pulak. Cuma memang tak explore 1 island la. Kalau korang plan nak explore island, keluar awal. Rate basikal ikut rate hotel yang korang pergi.
6) Adapter
Macam biasa, ke Indonesia bukan pakai plug sama dengan Malaysia. Jadi jangan lupa bawa International adapter ye.
Apa pun, Lombok memang sangat cantik dan masih belum dicemari. Semoga bermanfaat. Selamat bercuti ke Pulau Seribu Masjid ni ye.
Till then
Comments
Post a Comment