Noraziah Binti Ibrahim



MENGEMBARA KE TANAH eUROPE


Coretan Kenangan.... Jalan2 Eropah (London) Alhamdulillah….kenangan yang paling terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila2 dalam hidup aku…pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Benua Eropah yang aku lawat. kali ni nak cita pengalaman aku kat negara pertama benua eropah yg aku lawat... dalam jalan2 aku kali nih, aku ngan kawan2 bisnes aku jalan2 ke London, Chelsea, Brussels dan Paris... 

Itulah manisnya bila buat bisnes… pada mulanya hanya nak cari side income je….bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa lah yang tahu kan…kan.. 

Aku ni jenis orang ikut je kata pemimpin aku dalam Bisnes….kalau nak Berjaya mesti fully use 100% segala tindakan dan strategi dari pemimpin. Hasilnya….haa..ambik ko, dapat terus 2 tiket percutian VVIP ke London dan Paris…Subhanallah, macam nak pengsan rasenya bila dapat tahu yang aku qualified dua tiket…ape lagi, honeymoon terus lah dengan my huby …..sebelum ni jangan kan Langkawi, Parit di Perak pun aku tak sampai di sebabkan tak de tujuan dan asabab aku nak kesana…alhamdulillah, ni semua rezeki dari Allah yang telah aku dan suami usahakan.. 

Maklumat / Pakej yang ditawarkan kepada kami : 
• 2 tiket penerbangan (London dan paris) 
• Hotel Holiday Inn London (2 orang sebilik) 
• Makanan halal disediakan sepanjang trip 
• Pemandu pelancong 
• Insurans pelancongan 
• Cuaca 8 – 13 darjah Celcius 
• Mata wang (pound sterling) : £1.00 = RM4.90





Aku dan rakan kongsi bisnes sebenarnya berenam semuanya... kami fly dari KL ke Dubai 8 jam, transit di Dubai 2 jam dan sambung ke London dgn Emirates Airline selama 6 jam... perghh…16 jam dok dalam flight, kebas kaki aku…punggung pun kematu dok lama dalam kapal terbang.



waktu kami sampai, awal lagi kot... kedai2 kat dlm airport Dubai tu pun lengang je, tak de org sgt pun, kecuali yg tgh tunggu flite transit mcm kami... jalan2 lah jugak, konon2 mencuci mata, dan plan2 nanti beli cenderamata pd hari balik nanti... cuma tak jalan2 tgk Dubai je, dpt tgk airport pun jdlah... makin lama, dah makin ramai org kat sini... dah jalan2, dok lah depan gate, tunggu flite nak ke London lak... kami akan turun di lapangan terbang Gatwick, di London nanti.... pukul 1.55 pg, semua masuk ke balai menunggu... dan kami semua pun terbang ke London, rasanya hampir 7jam.... dan bila sampai kat sana, dah cerah, rasanya pukul 8.00pg kot...

Gatwick Airport...

woh, bestnya...!!! aku dah sampai ke London, hari pertama di London kami di bawa pusing2 kota london dan sepanjang trip ni kami di ketuai oleh tour guide dari London..sape entah nama ..aku pun dah lupa..hahaha….


LONDON EYE





BUCKINGHAM PALACE



BIG BEN


LONDON BRIDGE



Wow!! Memang seronok sangat2…tempat2 yang popular di London hampir semua telah aku lawati. Selepas itu kami di bawa check in hotel di Holiday Inn selama 3 hari dan makan malam. Layanan memang superb dan firstclass !!....


Hari ke dua kami di bawa ke tempat Penyanyi No. 1 Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza yang telah mengadakan konsert sulungnya bertaraf antarabangsa di Royal Albert Hall London pada tahun 2005. Teruja sangat2 bila dapat menjejaki kaki di sini..


Selepas itu kami di bawa ke ‘Kesington Garden’…nyaman dan cantik sangat pemandangan. Sambil melihat keindahan di Negara di bneua eropah, di dalam hati terdetik betapa besarnya kehebatan yang maha esa menjadikan alam semesta yang sunnguh cantik..





Tempat yang paling huby aku berhajat apabila sampai di London adalah melawat stadium chealsea….kelab bola yang sangat diminatinya … yeaahh…kami sanggup naik train sendiri dan pergi berdua sahaja..main redah je disebabkan keinginan yang tinggi untuk sampai ke stadium chealsea akhirnya kami sampai juga….apalagi, lompat bintang la kami berdua…hahahaha..




Hari ketiga…shoping time…yeahhh!! Ini la saat-saat yang ditunggu oleh kami semua. Kami telah dibawa ke Bicester Village Shoping Outlet. Sesi lontar peluru bermula…habis la $$$$$ rambang mata nak shoping…semua barang-barang berjenama di London sgat murah…weee…..



Rasenya setakat ni dulu coretan dan pengalaman aku di London, mungkin org lain, lebih byk pengalaman kat sana... tp, sekali lagi, aku rasa aku beruntung sbb dapat gak pegi ke negara lain, selain dari malaysia... compare ngan org lain, yg nak naik kapal terbang pun tak pernah... banyak lagi tempat menarik di London aku nak share…tapi di lain hari nanti aku sambung…jumpa lagi, jagan lupa baca coretan ku di ‘Paris De Amor’ pula…hehehehe…tunggu….

Comments

Popular posts from this blog

ResQ team ke Sekolah Menengah Sri Kundang ❤❤

Selamat Datang ke Dunia Celoteh kami...