Aphisompho Charenchit

Hello guys,
CALL ME “POOH”. I’m happy to share my story with everyone. U all boleh follow
my FB page https://www.facebook.com/coco.charenchit U all mesti tertanya-tanya kenapa nama
saya panjang dan unik. Here we go…………! Saya berasal dari Semenanjung Utara,
Kedah. Ceq orang Kedah tapi tak pandai bertutur loghat Kedah sangat. Hihi Saya
berbangsa Siam kacukan Cina dari sebelah Mama dan memegang agama Buddha. Saya
telah melangkah umur 26 tahun ni. Setelah lama 26 tahun, ni adalah blogger
pertama saya bersama rakan-rakan colej saya. Saya seorang Independent Women
suka travel tetapi masih belum lagi sempat untuk travel all around the world.
Saya percaya semua orang pon suka travel kan? Saya lebih suka travel ditempat
yang berbukit dan sejuk serta mendaki gunung pada awal pagi untuk melihat
matahari terbit. Trademark saya “Smile Is The Best Accessory in Women” kerana
saya merasa senyuman manis itu mampu membuat orang sekeliling kita bahagia dan
senyuman itu lah ubat awet muda. Tips saya disini jangan kita mudah terpengaruh
dengan orang sekeliling yang tengah spoil mood kita. Apapun negaviti yang
mereka katakan kita mesti think-positive dan senyum dengan masalah tersebut
supaya muka kita tak berkedut-kedut dan membeli colagen yang mahal-mahal. Ha Ha
Ha. Colegen itu adalah di dalam diri kita sendiri macam mana kita nak urus diri
kita. “YOU DESERVE HAPPINESS”

Disini saya
nak berkongsi sedikit tentang budaya dan sambutan orang-orang siam. Orang Siam
ramai yang terdiri dari bahagian Semenanjung Utara. Sambutan kita sama saja
dengan orang Thailand. Pesta Songkran merupakan tradisi orang Thai dan kami
akan menyambut setiap tahun pada tarikh 13hb&14hb April. Pesta Songkran
merupakan perayaan tahun baru bagi masyarakat Siam. Keunikan tahun baru kita
disini ialah kita tidak meraikan dengan kuih-muih seperti Tahun Baru Cina tapi
kita meraikan dengan semua masyarakat Siam menggunakan air dan bedak. Disini
juga merupakan tempat kita berkumpul dan berkenalan. Keunikan ini secara tidak
langsung telah menarik minat kaum-kaum lain turut memeriahkan lagi perayaan
ini. Cara-cara kita menyambut perayaan ini adalah dengan basahkan badan kita
dengan air yang bersih dan diletakkan dengan bedak wangi. Sebelum itu, golongan
muda wajib memohon maaf dan meminta restu daripada golongan tua sambil
menyimbah air dari tangan hingga ke kaki tertutamanya dari Ibu Bapa. Disamping
itu, kita juga mengadakan pertandingan Ratu Songkran dan mini concert untuk
memeriahkan perayaan. Saya sendiri pernah masuk pertandingan Ratu dan mendapat
tempat pertama. Ia tidak juga wajib bagi gadis Siam tetapi kebiasanyaan akan
dipilih oleh AJK atas kerelaan yang menjalankan perayan pesta air. Bagi Pesta
Air tahun 2017 telahpun hampiri, jom lah kita ramai-ramai memeriahkan lagi
perayaan pesta air.
Comments
Post a Comment